Karier kelab Cheick Tioté

Karier awal

Dilahirkan di Yamoussoukro, dia mula bermain bola sepak jalanan berkaki ayam ketika berumur 10 tahun, tidak memiliki sepasang kasut bola sehingga dia berumur 15 tahun.[3] Dia memulakan kariernya bersama kelab kecil liga Ivory Coast, FC Bibo. Pada tahun 2005, dia diperhati oleh kelab Belgium, Anderlecht. Dia membuat penampilan sulung untuk Anderlecht dalam perlawanan Piala Belgium dimana mereka kalah kepada Geel selepas Tioté gagal menyempurnakan sepakan penalti.[4] Pada musim 2007–08, dia beraksi secara pinjaman untuk Roda JC,[5] dimana dia bermain bersama-sama rakan senegaranya, Sekou Cissé.

FC Twente

Pada 2 Oktober 2008, Cheick Tioté menyertai kelab liga Eredivisie, FC Twente dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar €750,000, dimana dia mula mendapat reputasi sebagai pemain tengah, membuat 58 penampilan liga, menjaringkan satu gol dan membuat 14 bantuan gol. Dia memenangi liga Belanda pada musim 2009/10 dibawah bimbingan bekas pengurus England, Steve McClaren. Dia juga beraksi dalam Liga Europa UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Newcastle United

Tioté menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United pada 26 Ogos 2010 dengan yuran £3.5 juta selepas diberikan permit kerja.[6] Dia membuat penampilan sulung pada 18 September 2010 menentang Everton di Goodison Park.[7] Dia berada dalam kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan Newcastle United, menunjukkan aksi cemerlang ketika menentang Manchester City dan ketika kemenengan 2–1 mereka ke atas West Ham. Tioté menerima anugerah pemain terbaik perlawanan ketika kemenangan 1–0 ke atas Wigan Athletic.

Dia dibuang padang ketika pusingan ke-3 Piala FA Inggeris menentang Stevenage dan digantung tiga perlawanan domestik. Dia menjaringkan gol pertamany ketika seri 4–4 dengan Arsenal. Pada 25 Februari 2011, Newcastle mengumumkan bahawa Tioté telah menandatangani kontrak enam tahun setengah untuk menunjukan komitmennya terhadap kelab itu, mengekalkannya di Newcastle sehingga tahun 2017. [8]

Selepas dua musim di Newcastle, Tioté mengutip 25 kad kuning daripada 50 perlawanan liga, tetapi hanya menerima satu kad merah ketika menentang Sunderland. Dia dibuang padang ketika Newcastle seri 1–1 di Stadium of Light pada 21 Oktober 2012, selepas kekasaran ke atas Steven Fletcher.[9]

Rujukan

WikiPedia: Cheick Tioté http://www.rsca.be/go/en/matchreport/a/2005-2006/5... http://www.cafonline.com/userfiles/file/Comp/CAN20... http://www.caughtoffside.com/2014/09/29/cheick-mat... http://www.fifa.com/worldcup/archive/southafrica20... http://www.leazesterrace.com/newcastle-cheick-tiot... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.theguardian.com/football/2010/oct/30/ch... http://www.kicker.de/news/fussball/bundesliga/vere... http://www.footmercato.net/Cheik-Tiote-13398_j.htm...